Saturday, May 12, 2012

PERIBAHASA, MAKSUD & CONTOH AYAT

1) Ada air adalah ikan.
Maksud: Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. 
Contoh ayat: Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air
adalah ikan.

2) Ada gula adalah semut
Maksud: Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai
orang berkumpul. 
Contoh ayat: Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti
kata peribahasa ada gula adalah semut.


3) Air dicencang tidak akan putus
Maksud: Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula. 
Contoh ayat: Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah 
berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.

Sunday, February 8, 2009